CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Minggu, 18 November 2007

» Linux vs Windows

-------------------------------------------------------------------------------

Dah lama benar aku tak menulis, sedikit sibuk kebelakangan ini dengan beberapa perkara yang memeningkan kepala.

Ok sekarang aku nak cerita sikit pasal Linux vs Windows, bukan pada mana satu yang hebat, sekadar mencari sedikit perbezaan secara kasar. Kalau nak diterangkan berbezaan antara Linux dengan Windows sudah tentulah mempunyai beratus perbezaan samada dari segi teknikal, aplikasi dan apa sahaja.

Jadi kat sini aku nak cerita kurang lebih perbezaan yang mungkin boleh diambil tahu oleh kita semua. Mungkin ianya tidaklah penting, tapi perlulah tahu.


1. Banyak syarikat membangunkan Linux.

Sememangnya Linux dibangunkan oleh pelbagai syarikat ataupun komuniti, berbanding Windows yang hanya dibangunkan oleh Microsoft sahaja. Edaran atau distro linux sudah pun mencecah lebih kurang 1000 dengan pelbagai penggunaan.

2. Windows tiada case sensitif

Case sensitif di sini adalah bermaksud penggunaan perkataan huruf besar dan huruf kecil dalam sistem operasi. Sistem operasi Windows tidak membezakan sesuatu perkataan yang mempunyai bilangan, susunan, ejaan yang sama walaupun terdapat huruf besar dan kecil di antaranya. contohnya

Windows, WINDOWS, WinDoWS - 3 perkataan ini akan dibaca sebagai satu fail sahaja. dengan maksud jika sudah terdapat satu fail yang disimpan dengan nama windows maka satu fail agi sudah tidak dapat disimpan sebagai bernama WINDOWS kerana dianggap nama fail tersebut sudah pun wujud.

Berbanding linux yang membaca ketiga-tiga fail tersebut adalah fail yang berbeza kerana perbezaan penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

3. Tiada *.exe dalam Linux

Semua maklum bahawa fail yang extension *.exe adalah satu fail boleh di execute/run pada sistem operasi Windows, kebiasaannya kita akan berjumpa dengan fail seperti, setup.exe, install.exe atau uninstall.exe yang dirun untuk menginstall sesuatu program dalam sistem operasi Windows.

Berbeza dengan linux yang tidak memerlukan extension tertentu untuk membolehkan fail tersebut di run pada sistem operasi. Tapi ianya bergantung kepada permission ataupun kebenaran fail tersebut sendiri untuk membolehkanya untuk di run. Dengan maksud, walaupun sesuatu fail tersebut mempunyai skrip yang boleh digunakan untuk run sesuatu aplikasi/proses tetapi, jika kuasa untuk execute tidak diberikan kepada fail tersebut maka ianya tidak boleh dirun.

4. Penggunaan slash ( / ) berbanding backslash ( \ )

Suatu perbezaan yang jelas, Linux menggunakan / pada penggunaan command prompt berbanding Windows yang menggunakan \. Tak dapat aku nak jelaskan apakah kelebihan atau kekurangan. Contohnya

Linux, /home/doe/Desktop

Windows, c:\Document and Setting\All User

5. Tiada karektor drive dalam Linux

Sistem operasi Linux tidak menggunakan karakter drive seperti dalam Windows untuk memberi pengenalan terhadap partition mahapun device yang digunakan pada sesuatu sistem operasi. Contohnya Windows menggunakan karakter c untuk partition pertama dan diikuti karakter seterusnya iaitu d jika ada satu lagi partition.

Windows,

partition pertama : c:\

partition kedua : d:\ (jika ada)

Floopy : A:\

cd/dvd rom : e:\ (karakter selepas semua karakter untuk hard disk/ partition)

dan seterusnya jika terdapat penggunaan kepada usb flash atau pun external hard disk.

Berbanding Linux yang menggunakan kaedah direktori untuk mewakili setiap device pada komputer untuk berhubung dengan sistem operasi. Contoh,

Hard disk ATA - /dev/hda

Jika terdapat dua partition pada hard disk ini maka ianya mungkin diisytihar, /dev/hda1 dan /dev/hda2

Hard disk SATA/scsi - /dev/sda

Jika terdapat dua partition pada hard disk ini maka ianya mungkin diisytihar, /dev/sda1 dan /dev/sda2

Floopy - /dev/fd0

CD/DVDROM - /dev/hdc atau /dev/hda jika hard disk diwakili /dev/sda

Lain-lain - akan dikesan sendiri oleh kernel (2.6.x) untuk digunakan pada mana-mana device dan di wakili oleh mana-mana direktori.

6. Linux hanya ada satu administrator

Satu lagi perkara yang membezakan linux dan Windows adalah akaun administrator ataupun akaun yang paling berkuasa untuk sesuatu sistem operasi. Dalam sistem operasi linux, hanya adalah satu akaun administrator yang dipanggil root, tiada yang lebih berkuasa dari root dalam sistem operasi linux.

Berbanding Windows yang boleh dicreate lebih dari satu akaun administrator untuk sistem operasinya.

7. GUI

Graphical User Interface adalah satu menu atau aplikasi yang digunakan secara interaktif dengan penggunaan keyboard dan mouse. Namun begitu, sistem operasi Linux masih berupaya untuk berfungsi tanpa GUI, berbanding Windows yang amat memerlukannya untuk melengkapkan proses satu sistem operasi Windows.

Linux tanpa GUI biasanya digunakan ataupun diinstall sebagai server yang hanya menyediakan perkhidmatan untuk dicapai oleh client dengan ‘diri’nya sendiri tidak memerlukan apa-apa GUI untuk menjayakannya.

8. Pakej aplikasi dan sistem operasi

Akhirnya sekali, sistem operasi linux menyediakan begitu banyak pilihan untuk sesuatu aplikasi, software dan sebagainya. Dan ianya adalah datang dengan satu kumpulan atau pun lebih tepat dengan secara ‘bundle’. Berbanding Windows yang terpaksa diinstall secara berasingan.

0 komentar: